ALHAMDULILLAH HASIL SUMBANGAN ANDA SEMUA, KAMI DAPAT BERI MEREKA MAKAN DAN RAWATAN
“BANTUAN ANDA AMAT KAMI HARGAI”
Alhamdulillah sepanjang kami mulakan gerakan persatuan kami. Kami berjumpa ramai orang yang sangat peka dan prihatin terhadap haiwan jalanan ini.
Buktinya kami sentiasa mendapat panggilan dan whatsapp daripada orang awam mengenai kucing jalanan yang terbiar. Pelbagai masalah yang dihadapi oleh haiwan ini, antaranya…
1. Mengalami masalah luka dan penyakit kulit yang serius. 2. Dilanggar sehingga patah kaki dan hilang anggota badan. 3. Anak kucing yang dibuang berusia linkungan 2 bulan tanpa ibu.
Kami tidak akan pernah berhenti berterima kasih kepada yang sentiasa menyalurkan sumbangan dan bantuan untuk memudahkan urusan kami dari segi pengangkutan, rawatan, makanan, gerakan petugas sukarelawan dan tempat tinggal bagi haiwan ini.
Semoga dengan bantuan anda, kami dapat teruskan usaha menyelamatkan nasib haiwan jalanan yang bernasib malang
KAMI BERI MEREKA MAKAN
KAMI RAWAT MEREKA
KAMI PELIHARA MEREKA
PEMBIAYAAN MAKANAN, UBAT-UBATAN& KOS RAWATAN
Pihak Pertubuhan Kasih Haiwan Jalanan Malaysia sedang mengumpul dana bagi pembiayaan makanan, ubat-ubatan dan kos rawatan yang bakala digunakan oleh sukarelawan untuk disalurkan kepada haiwan terbiar seperti kucing dan anjing jalanan. Pihak kami mengalukan sumbangan berbentuk makanan kucing, kibbles atau ubat-ubatan untuk digunakan oleh pihak kami.
JUMLAH SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN?
Anggaran keseluruhan perbelanjaan adalah sebanyak RM100,000 yang meliputi makanan, kos ubat-ubatan dan kos rawatan kucing dan anjing terbiar.
Bagaimana anda boleh bantu?
Bagi memudahkan urusan anda, kami telah menyusun pakej sumbangan mengikut kategori yang diperlukan oleh Si Comel Jalanan