(Q&A) SOALAN LAZIM
Betul ke pertubuhan ni bukan scammer?
Pertubuhan kami adalah pertubuhan yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Di manakah lokasi shelter?
Kami ada membantu 5 mini shelter. 2 shelter di Selangor, 2 di Terengganu dan 1 di Perak.
Tetapi harap maaf kami tidak dapat berkongsi alamat penuh untuk mengelakkan kes pembuangan.
Bagaimana cara untuk membuat aduan mengenai haiwan jalanan yang cedera dan sakit?
Anda boleh hubungi admin kami di 01156750922 untuk membuat aduan.
Boleh ke saya mendaftar sebagai sukarelawan?
Kami sangat mengalu-alukan dan memerlukan sukarelawan untuk bantu beri makan dan selamatkan haiwan jalanan.